Pages

Mar 18, 2009

Hisap labah-labah, yucks!!!!!!


Aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman ngeri aku, bila aku terbaca kisah seorang sahabat blogger, Mr. Aixat Red Box Brain, termakan separuh dari ulat beluncas time dia tengah kusyuk makan sayur kangkung yang sedap! urghhh!! Gemok sekali ulat itu~ Adoi loyanya..

Aku teringat yang aku pun pnah gak ada pengalaman yang tak dapat dilupakan macam tu. Mula2 sekali aku nak bagitau yang aku PHOBIA terhadap makhluk Allah berkaki 8 ni. Aku sangat geli, benda ni tak boleh datang dekat pun dengan aku. Dekat je dengan aku mula la aku terlompat2, walaupon mase tu aku tengah drive~


oh...sangat tak suke~

Alkisah, ade sekali tu, kejadian terjadi waktu aku masih muda..hihi. Mase aku di Matrik Kedah, tempat kejadian adalah kat cafe B. Seperti hari2 sebelumnya, aku suka minum Neslo Ais. Dan, aku pun order la, dah suka kan. Punyala aku menghayati Neslo di dalam gelas plastik itu, sambil menonton ulangan AF2 kat cafe tu jugak. Oh masa tu aku sangat minat Zahid.

Dan seperti biasanya, Neslo kn mesti ada serdak2 lebihan nescafe yang tak hancur. Dan seperti normalnya, aku akan hisap2 serdak tu, gigit2 untuk rase yang lebih sedap. Tapi pada hari kejadian, aku rasakan serdak itu agak besar sedikit dan aku hisap dia tak habis2. Oh pelik sudah.

jadi aku pon kuis la serdak yang kat lidah aku tu dengan jari. Alangkah terkezzut nya aku bila aku tengok, itu adalah SEEKOR LABAH-LABAH yang selama ini tak bloeh dekat walaupun dalam jarak 1 cm dengan aku. Siap aku hisap2 lagi.

Oh mual! Aku speechless~

Lepas tu, seminggu aku demam. Huhu~

dan aku tak order dah Neslo ais kat cafe tu lagi~~

aiyak sekarang pon aku rasa nak muntah la..adoi~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...