Pages

Mar 30, 2009

Fasha Sandha dan Aku~

Kah kah kah!!
Sedih ade...lawak pun ade.. bangge? ade la dalam 3%..

Masa kejadian: 2.45 petang~
Tempat: Gerai goreng pisang depan KIAM~
Watak Utama: Aku, Akak jual goreng pisang, seorang kanak2 berumur dalam lingkungan 7-8 tahun, Bapak kanak-kanak itu, Fasha Sandha [secara vocal]

Insiden berbunyi begini....


Sementara aku suruh zaimi menyetel kan beg2 aku yang berterabur, aku pun ke gerai goreng pisang itu..bukan untuk membeli goreng pisang, tapi untuk membeli air kelapa.. aku pun terpikir nape mesti aku panggil gerai goreng pisang, sdangkan macam2 lagi yang dijual disitu..

"Akak, bagi air kelapa 1..", kataku kepada akak itu..

Betul2 dihadapan gerai itu, terdapat sebuah kereta Mercedes.. Di dalam nya terdapat seorang bapa yang sedang meyuapkan anak perempuan nya goreng pisang..

Tetibe budak tu bersuara.. "Pa..suara akak ni macam Fasha Sandha kan?"

hoh?!

terus bapak budak tu tutup tingkap yang tadinye terbuke, dan blah dr situ..

Aku terdiam sekejap..

Bila pikir2 balik, adekah budak tu memerli aku?

Cis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...