Pages

Jul 2, 2016

Tamat Sadakallahu

Hai blog, aku akan kuburkan kau.
Tak, aku tak delete.
Cuma aku nak jadikan kau abandoned.
Memang dah abandoned pun kan?
Heh..

Aku rasa jiwa aku dah tak sesuai dengan genre blog ni.

Biarlah blog ni menjadi kenangan umur aku yang 20s.

Aku yang 30s?
Aku baru buat blog yang baru.
Yang lebih pure dalam penulisan dan luahan rasa.
Ewah padahal baru 1 post.

Kat sini.

Terima kasih visitors.
Terima kasih readers.

May 14, 2015

Malas itu pilihan

Hai!

Lama betul tak jengah blog sendiri.
Asbab utama?
Of course lah malas kan.

Pregnant ni lagi lah..
Nanti lah bila-bila ku update.

p/s: harini belajar guna Powtoon, tengoklah kalau rajin aku share 1 video Powtoon aku kat sini :P



Mar 27, 2015

Pengalaman Mengandung Kedua

Serius lain betul yang ini dengan yang Adam dulu.

Ok mana nak start cerita ye?

Hmm..
Masa adam dulu, memang aku kena juga GDM, iaitu diabetes semasa hamil tu.


 Dalam sebulan lepas, aku mula syak badan aku rasa lain macam.
Aku agak, aku pregnant kot?
Aku cakap dengan zaimi, badan aku rasa lain macam.
Lain macam tu susah jugak aku nak ungkap dengan kata-kata, tapi once dah rasa, maybe korang semua akan automatik tau badan korang rasa tak macam biasa.

Beli urine pregnancy test strip tu, ada garis samar.
Masa tu happy nya rasa!!
Ye la, sebab aku ni irregular. Jadi, susah aku nak agak bila waktu subur aku sebenarnya.
Jadi bila tengok ada dua line, perasaan gembira tu bukan main..hehe


Cuma, sebab irregular tu, aku macam susah nak agak, kandungan aku dah besar mana.
Sebabnya aku last period bila pun aku tak ingat..huhuk


Masa aku decide nak bukak buku pink tu, doktor scan, nampak kantung kecik je.
Bila dia ukur, siap tak keluar tarikh edd lagi..haha.. sebab memang kecik sangat2 lagi.


Tapi seperti yang aku jangka, pregnancy kali ni harus ada GDM jugak.
Lepas minum air gula, memang result tinggi melampau.
Lagi tinggi dari result masa adam dulu agaknya.
Terus kena refer ke hospital.
Kena check dengan doktor pakar.




Dan dipendekkan cerita, kali ni aku kena injek 4 kali sehari insulin.
T_T

Masa adam dulu sekali je.

Dan doktor dah buat test, rupanya dia kata gula aku memang dah tinggi..bukan sebab mengandung je.. kiranya aku dah ada slightly diabetes.. masa dengar tu sedih pulak.. ye la, mengenang diri dah tak sihat.

Doktor kata, lepas bersalin aku kena follow up, kalau gula still tak cantik, aku kena start ambil ubat.
Dan dia kata lagi, faktor dia adalah berat badan..sobs..
Tu la, makan selalu tak ingat dunia.
Lepas ni, kena ada program diet dan sebagainya..

Takpelah, mungkin dah habis dah masa aku makan sedap2 selalu..
Lepas ni kena  berpantang la gamaknya..

Oh by the way, semalam scan, EDD aku katanya 30 Oktober 2015..
Sama pulak dengan birthday abah aku..hehe
Tapi, dah kata GDM kan, haruslah kena induced nanti tu..
Mesti kena bersalin awal dari EDD.. dahlah adik aku nak kahwin masa tu..
Macam manalah..

>.<

Belanja gambar adam sikit..hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...